Tuesday, 9 October 2012
Wednesday, 3 October 2012
Friday, 29 June 2012
Thursday, 28 June 2012
AKTIVITI PPDa
SLOT :
ICE BREAKING & PEMBENTUKAN KUMPULAN
AKTIVITI 1 : KENALI KU
MASA : 30 minit
BAHAN / ALATAN : Wisel
PERSONALIA : Penilai,
Fasilitator, dan peserta.
KAEDAH :
1. Peserta diarahkan membentuk kumpulan berdasarkan
(a) bilangan ahli keluarga
yang sama
(b) bulan kelahiran
2. Peserta dikehendaki beratur mengikut turutan umur.
Peserta diminta mengira dari no.1 hingga 10
kemudian dikehendaki membentuk kumpulan berdasarkan nombor tersebut. Maka
terbentuklah 10 kumpulan.
3. Didalam kumpulan , peserta akan diberi masa 10 minit untuk
mengenali setiap ahli kumpulan. Setiap peserta dikehendaki mengetahui nama,
sekolah dan tempat tinggal setiap ahli kumpulan.
4 Fasilitator akan memanggil wakil kumpulan untuk
memperkenalkan setiap ahli kumpulan berdasarkan maklumat yang diperolehi. ( Markah
bonus akan diberi kepada peserta yang tampil ke depan )
5. Seterusnya peserta diminta menghantar wakil yang mempunyai
(a) badan yang paling slim
(b) badan yang paling gagah
(c) suara yang paling kuat
(d) suara yang paling manja
(e) wajah yang paling handsome
(f) wajah yang paling cun
(g)bakat untuk menggayakan lagu
*Setiap aktiviti yang dijalankan dalam sesi ini
diberikan markah berdasarkan pengadilan oleh fasi.
AKTIVITI 2 : KUMPULAN KU
MASA : 1 jam 30 minit
BAHAN / ALATAN : kertas mahjung, wisel, pen marker,
PERSONALIA : Penilai,
Fasilitator, dan peserta.
KAEDAH :
1.
Setiap kumpulan dikehendaki melantik
ketua kumpulan dan juga penolong ketua kumpulan
2.
Fasilitator akan memberi setiap
kumpulan kertas mahjung dan juga marker pen
3.
Setiap kumpulan dikehendaki mencipta
nama kumpulan, logo, moto kumpulan diatas kertas mahjung
4.
Kemudian, setiap kumpulan juga
dikehendaki mencipta identiti kumpulan masing-masing
5.
Setiap kumpulan akan diberi masa 5
minit untuk membentangkan hasil kerja kumpulan.
________________________________________________________________________________
SLOT : APA ITU PPDA DAN PROSIDAR ( Penerangan
Berdasarkan Buku Panduan
Pelaksanaan PPDa Dan Juga Kit Pengajaran Dan Pembelajaran Prosidar )
SLOT :
CERAMAH OLEH PEGAWAI AADK
Isu merangkumi:-
-
Perbezaan dadah ubat dan racun
-
Jenis dadah, inhalan dan air daun
ketum/ biak
-
Faktor-faktor penagihan dadah
-
Kesan penggunaan dadah
-
Undang-undang dan hukuman dadah di
Malaysia
________________________________________________________________________________
SLOT : LDK
AKTIVITI 3 : LDK 1 ( KUIZ)
MASA : 2 JAM
BAHAN / ALATAN : Soalan yang disediakan berdasarkan slot ceramah dan
tayangan yang dijalankan
PERSONALIA : Penilai,
Fasilitator, dan peserta
KAEDAH :
1.Setiap kumpulan dikehendaki menghantar wakil
2.
Fasi akan memberi soalan
kepada wakil kumpulan
3.
Markah akan diberi kepada
wakil kumpulan yang berjaya menjawab soalan tersebut.
4.
Seterusnya wakil kumpulan
tersebut akan memilih peserta secara rawak dari kumpulan lain untuk menjawab
soalan seterusnya daripada fasi.
SLOT : SUKANEKA
MASA : 2 JAM
BAHAN / ALATAN :
PERSONALIA :
Penilai, Fasilitator, dan
peserta
KAEDAH :
AKTIVITI 3.1: SEMANGAT
BERPASUKAN
1.
Setiap kumpulan diberi sehelai
belon dan diminta meniup belon secara bergilir-gilir sehingga besar dan diikat.
2.
Semakin besar belon yang
ditiup maka semakin tinggi harapan dan keinginan untuk berjaya. (Tidak boleh
pecah)
3.
Setiap ahli dikehendaki
menulis satu perkataan berbentuk harapan pada belon tersebut. Contoh: ’bekerjasama’.
4.
Belon diletakkan di atas
kerusi dan semua ahli mengelilingi kerusi kecuali ketua kumpulan.
5.
Ketua kumpulan dikehendaki
mengikat tali mengelilingi ahli kumpulan pada aras pinggang ahli.
6.
Ahli kumpulan diminta
menganggat kerusi tinggi-tinggi dan membawa kerusi yang mempunyai belon ke
suatu lokasi seperti yang diarah oleh fasilitator.
7.
Ketua kumpulan memimpin ahli
kumpulan mengangkat kerusi yang mempunyai belon ke lokasi tanpa ada halangan
dan memastikan belon tidak jatuh daripada kerusi dan ikatan benang tidak putus.
8.
Kumpulan yang berjaya akan
mendapat mata tertinggi.
AKTIVITI 3.2: KHABAR ANGIN
Peserta
dijarakkan antara satu sama lain sehingga mereka tidak dapat berkomunikasi.
Fasilitator menerangkan peserta 1 perlu menyampaikan pesanan kepada peserta 2
secara lisan dengan berbisik. Hanya peserta akhir yang dibenar mencatatkan
pesanan.
Fasilitator
bebas memilih ungkapan seperti contoh di bawah;
a) ADA SEORANG SAUDAGAR
GARAM
DIA MERASA AMAT GERAM
KERANA KAPALNYA KARAM
DI MUARA DALAM
ANAK KAPALNYA SEMUA TENGGELAM
KEADAANNYA BEGITU KELAM
ISTERINYA PULA MENGIDAM
DIA
MERASA TERANCAM DAN BEGITU MURAm
b.
BERITAHU
RAKAN ANDA
BAHAWA
KITA AKAN BERKELAH DI BESERAH
UNTUK
TUJUAN ITU, TOLONG BAWA SEEKOR KAMBING
UNTUK
DIBUAT BBQ
BAWA
EKOR KAMBING 2 EKOR UNTUK DIBUAT SUP EKOR
KEPELA KAMBING TIDAK MAHU, BERMAKNA
KAMBING TANPA KEPALA
GARAM 600 GRAM, GULA 300 GRAM, THE
WANGI, CEREK UNTUK REBUS AIR, BAWANG MERAH 2 KILO DAN BAHAN-BAHAN LAIN SEMUANYA
TELAH SEDIA ADA .
c.
PAK
ANJANG PERGI KE KAJANG, HENDAK MEMBELI KACANG
LALU BERJUMPA DENGAN MAK ALANG
YANG SEDANG MEMBELI PEDANG
UNTUK MENEBANG POKOK PISANG DI LADANG
DI TEPI LONGKANG DI SUNGAI TONGKANG
MAK ALANG MENJEMPUT PAK ANJANG
KE RUMAHNYA DI PENDANG.
2. Setelah
tamat Fasilitator akan membacakan pesanan yang dicatat oleh peserta akhir.
Fasilitator haruslah memberitahu perkara-perkara berikut kepada peserta;
1. Perlunya
mendapat maklumat dari sumbernya yang asal untuk mengelakkan kekeliruan.
2. Elakan dari menyampaikan berita
yang tidak benar sehingga boleh menimbulkan
sengketa/perbalahan
atau yang boleh mengganggu perasaan orang lain.
3. Jangan terus bertindak dengan
berasaskan berita yang belum sah, siasat dahulu berita itu.
4. Semasa menerima maklumat pastikan
dapat mengingati semua fakta yang diberikan.
AKTIVITI 3.3 : Kapal
Pecah
1. Peserta dikumpulkan dalam bulatan yang
cantik dan selesa.
Fasilitator
menerangkan tentang aktiviti yang akan dijalankan. Fasilitator meminta peserta
duduk dalam keadaan yang selesa dan relax.
Setelah itu Fasilitator membawa peserta ke alam pelayaran
fantasi seperti contoh di bawah
KONONNYA SEMUA
AHLI KELOMPOK SEDANG BELAYAR MENAIKI SEBUAH BOT PERSIARAN MENUJU KE SEBUAH
PULAU PERANGINAN. GAMBARKAN AKTIVITI DAN GELAGAT SETIAP AHLI KELOMPOK DALAM
PELAYARAN ITU.
TIBA-TIBA DIDAPATI
BERLAKU KEBOCORAN PADA LANTAI BOT ITU. SETELAH DINILAI KEROSAKAN ITU, DIDAPATI
UNTUK MEMASTIKAN KESELAMATAN AHLI DAN MEMBOLEHKAN BOT SAMPAI KE DISTINASI YANG
DITUJU, SALAH SEORANG AHLI KUMPULAN TERPAKSA DIKELUARKAN DARI BOT ITU.
(TERJUN/DIBUANG KE LAUT).
SEDANGKAN DI
KAWASAN ITU ADALAH TERKENAL SEBAGAI HABITAT SEPESIS JERUNG YANG GANAS DAN
MEMAKAN MANUSIA.
Beri masa selama 15 minit untuk membolehkan peserta
berbincang dan membuat keputusan siapa dikalangan mereka termasuk fasilitator
yang perlu berkorban atau dikorbankan bagi memastikan lain-lain ahli selamat
sampai ke distinasi yang di tuju.
Di
akhir sesi fasilitator perlulah menegaskan bahawa,
a.
matlamat semua peserta adalah satu
iaitu mendapat kejayaan cemerlang dalam pelajaran dan kehidupan.
b.
dengan itu setiap ahli kelompok
perlulah tidak mementingkan diri sendiri tetapi perlu sama berusaha untuk
memastikan semua orang dapat mencapai cita-citanya
c.
setiap ahli ada kelebihan dan kelemahan
masing-masing dan potensi perlu dikembangkan dengan positif.
d.
seorang ahli yang tercicir atau gagal
merupakan satu kegagalan kepada kelompok secara keselurohannya.
- TAYANGAN PERDANA BAHAYA DADAH ( Cerita-Cerita Mengenai Penagihan Dadah
)
- LDK 2
Modul 3 : “Great Egg Drop”
“Great egg drop” juga dikenali sebagai menara masa depan.
Menara masa depan adalah suatu aktiviti dimana para peserta dikehendaki membina
sebuah menara dimana matlamat utamanya adalah untuk menghalang telur daripada
jatuh. Aktiviti ini memerlukan kerjasama daripada ahli setiap kumpulan.
Aktiviti ini juga melatih para perserta untuk berfikir secara kritis bagi
menyelesaikan sesuatu masalah apabila diberikan sumber.
Objektif :
Melatih para peserta untuk bekerjasama didalam kumpulan.
Memberi ruang kepada peserta untuk berfikir secara kritis
berbekalkan sumber yang diberikan.
Melatih sifat berunding, dan bertolak ansur didalam sesebuah
urusan.
Bahan-bahan:
Seperti yang dinyatakan didalam lampiran.
Masa :10 minit – Penerangan dan pembahagian barangan.
10 minit – Rundingan diantara kumpulan.
45 minit – Pembinaan Menara.
15 minit – Konklusi.
Arahan :
1) Fasilitator meminta para peserta berkumpul mengikut
kumpulan masing-masing.
2) Fasilitator memberikan arahan kepada setiap kumpulan
tentang aktiviti yang akan dijalankan.
3) Fasilitator menerangkan matlamat aktiviti adalah untuk
mereka cipta sebuah menara dimana menara tersebut mampu mencegah telur yang
diberikan daripada pecah.
4) Fasilitator meminta supaya melantik seorang yang
berperanan sebagai perunding ataupun “negotiator”. Dan kemudian, setiap kumpulan
diberikan bahan-bahan untuk membina replika menara dimana bahan-bahan yang
diberikan kepada setiap kumpulan adalah berlainan.
5) Fasilitator akan memberikan masa kepada wakil setiap
kumpulan untuk tampil kehadapan bagi memulakan rundingan. Sementara ahli-ahli
yang lain pula diarah untuk memulakan lakaran bangunan yang akan dibuat.
6) Apabila wakil setiap kumpulan mencapai kata putus tentang
bilangan bahan-bahan yang dirundingkan, pembinaan bermula.
7) Peserta dibenarkan untuk mengunakan alatan dari luar
dalam proses pembinaan.
8) Fasilitator memberikan tempoh masa untuk menyiapkan
menara yang diminta. (45 minit)
9) Setelah masa tamat, fasilitator akan mengumpulkan kesemua
replika menara daripada setiap kumpulan.
10) Wakil kumpulan diminta kehadapan bagi menerangkan
tentang menara mereka dan juga halangan-halangan semasa proses pembinaan sedang
dilakukan.
11) Fasilitator akan menguji sama ada menara yang dibina
mencapai matlamat ataupun tidak.
12) Menara akan dilepas dari jarak sekurang-kurangnya paras
pinggang untuk melihat samada menara tersebut mencapai matlamat pembinaanya.
13) Pemenang dinilai melalui menara yang mampu mencapai
matlamat pembinaan.
14) Fasilitator menutup acara dan memberikan konklusi.
- LDK 3
- jigsaw puzzle
AKTIVITI 3 : JIGSAW PUZZLE
MASA : 2 JAM
BAHAN /
ALATAN :
PERSONALIA : Penilai,
Fasilitator, dan peserta
PROSEDUR PELAKSANAAN :
1. Fasi akan
menayangkan slaid tentang jenis-jenis dadah,
inhalan,
dan daun ketum / biak. (rujuk slaid 2-6)
2. Fasi memberi penerangan tentang
bahan-bahan yang
ditayangkan.
3 Pelajar akan
berkumpul di dalam kumpulan masing-masing
4 Setiap
kumpulan akan diberikan beberapa keping jigsaw puzzle berkaitan dengan jenis
dadah dan setiap kumpulan harus menyelesaikan puzzle tersebut.
5 Kumpulan
yang berjaya menyelesaikan puzzle dengan pantas akan mendapat markah tinggi.
AKTIVITI
3 : “SURAT
CINTA”
Surat cinta merupakan satu aktiviti yang memupuk nilai
kejujuran didalam bersahabat. Didalam aktiviti ini, peserta program akan
meluahkan apa yang terpendam didalam hati masing-masing kepada sahabat-sahabat
mereka. aktiviti ini juga melatih peserta untuk bersikap positif menerima
kutukan, rungutan ataupun pujian.
Objektif :
Memupuk nilai kejujuran dikalangan peserta.
Memupuk nilai fikiran postif jika berhadapan rungutan,
kutukan ataupun pujian.
Memperbaiki diri pada masa hadapan.
Mengeratkan ukhwah dikalangan peserta dan organisasi.
Masa:
Tiada peruntukan masa.
Kaedah:
1) Setelah
aktiviti jigsaw puzzle selesai, peserta akan diberikan sehelai sampul surat.
Peserta dikhendaki menulis nama mereka
diatas setiap sampul surat berkenaan.
2) Sampul surat
yang telah ditulis nama akan diserahkan semula kepada fasilitator.
3) Fasilitator
akan menerangkan aktiviti surat cinta.
4) Surat-surat
peserta digantung disuatu tempat dan fasilitator meminta supaya setiap peserta
menulis tentang perasaan mereka sama ada berupa penghargaan ataupun teguran
kepada sahabat-sahabat mereka yang lain didalam kumpulan.
5) Masa yang
diberikan adalah sepanjang masa terluang diantara aktiviti “treasure hunt” dan malam “talentime”.
6) Setiap orang
harus menulis dengan jujur perasaan mereka pada setiap ahli
kumpulan. Peserta juga dibenarkan menulis kepada peserta
lain di dalam program ini.
7) Pada
akhir malam “talentime” peserta dibenarkan untuk mengambil sampul surat yang tertera
nama mereka.
8) Fasilitator
menutup aktiviti dan membuat konklusi.
AKTIVITI 3 :
OUTDOOR TREASURE HUNT
MASA : 2 JAM
BAHAN / ALATAN :
PERSONALIA : Penilai, Fasilitator, dan peserta
PROSEDUR PELAKSANAAN :
- OUTDOOR 2
-
treasure hunt ( sukatan pelajaran
prosidar )
AKTIVITI 3 : MALAM TALENT
TIME
MASA : 2 JAM
BAHAN /
ALATAN :
PERSONALIA : Penilai,
Fasilitator, dan peserta
PROSEDUR PELAKSANAAN :
Malam talentime adalah malam kebudayaan dimana para peserta dikhendaki mempamerkan persembahan mereka menurut tema yang telah diberikan. Malam ini adalah kemuncak bagi segala aktiviti dimana semangat kerjasama mereka diujii dan diperlihatkan.
Objektif :
Memupuk semagat kerjasama diantara ahli didalam kumpulan.
Menghilangkan rasa malu dihadapan khalayak ramai.
Melatih diri menghadapai situasi yang sukar.
Masa:
1 jam 30 minit – persembahan peserta.
Arahan :
1) Pada permulaan program, (selepas aktiviti “ice-Breaking”), setiap kumpulan akan diberikan tema persembahan dan dikehendaki membuat persembahan berdasarkan tema yang diberikan.
2) Persembahan peserta hendaklah merangkumi lakonan dan nyanyian. Peserta juga dibenarkan untuk mengunakan kreativiti masing-masing bagi menjayakan persembahan.
3) Terdapat 5 kumpulan dan setiap kumpulan diberi masa 10 hingga 15 minit untuk satu persembahan.
4) Diakhir aktiviti, fasilitator member konklusi dan menutup aktiviti.
5) Peserta dibenarkan mengambil semula “
AKTIVITI
:
KEMBARA
MASA : 2 JAM
BAHAN /
ALATAN :
PERSONALIA : Penilai,
Fasilitator, dan peserta
PROSEDUR
PELAKSANAAN :
1. Objektif Aktiviti
1. Membina
ketahanan mental, jasmani dan rohani peserta.
2. Memupuk
semangat kerjasama dikalangan peserta.
3. Membina sifat
kepimpinan pada peserta.
4. Melatih
peserta untuk patuh pada arahan.
5. Memupuk
semangat kekitaan dan kejelikitan kumpulan.
6. Menguju daya
ingatan peserta.
7. Menguji
kepekaan peserta.
8. Membina
kebolehan berfikir dikalangan peserta.
9. Membina
kebolehan membuat keputusan dikalangan peserta.
10. Mengujudkan
suasana perbincangan yang berkesan dikalangan peserta.
11. Mendidik
peserta untuk berdikari.
2. Alatan Untuk
Aktiviti Kembara
1. Tunjuk arah
2. Tali
3. Bekalan
makanan/minuman
4. Peti
pertolongan cemas
5. Kain sarung
6. Kertas pendua
2. Langkah Menjalankan Aktiviti
1. Peserta
berkumpul di arena lapang mengikut kumpulan untuk menerima arahan dan taklimat
dari komandan kem dengan membawa panji/bendera dan logo kumpulan.
2. Ketua
kumpulan memeriksa ahli-ahli kumpulan dan alatan yang diperlukan mencukupi.
Peserta yang ada masalah kesihatan tidak digalakan mengikuti aktiviti ini.
3. Setiap
kumpulan menerima peta perjalanan aktiviti kembara. Bacaan doa pelepas oleh
setiap wakil kumpulan sebelum memulakan perjalanan.
Sediakan jarak
masa bertolak antara setiap kumpulan selama 15 minit.
5. Peserta
dikehendaki melepasi 4 tempat pemeriksaan. (Arahan seperti Lampiran). Pejaga
tempat pemeriksaan memastikan arahan dijalankan oleh kumpulan disetiap tempat
pemeriksaan. Peserta mengambil bekalan di tempat pemeriksaan 2. Apabila peserta telah melepasi tempat
pemeriksaan ke 4, peserta boleh berehat.
6. Semasa berehat,
peserta dikehendaki mencatatkan pengalaman yang tersurat dan tersirat sepanjang
perjalanan semasa aktiviti kembara ini.
LAMPIRAN
AKTIVITI
Aktiviti : 1.
Menanyikan lagu/logo
2.
Menyebutkan etika kumpulan
3.
Nama sendiri
4.
Nama panggilan
contoh : peserta perlu
menyebutkan nama sendiri dalam masa yang singkat,
jika gagal kenakan dendaan contoh dendaan seperti;
1. menyenaraikan jenis-jenis dadah
2. menyenaraikan kesan
penyalahgunaan dadah
Aktiviti 1 : 1.
Peserta muslim dimestikan membaca bacaan dalam solat.
2. Peserta bukan muslim
senaraikan/berikan nilai-nilai moral yang terpuji.
Aktiviti 2 : 1.
Mengenal rakan melalui ujian suara (membelakang dan saling sebut
nama ).
2. sebutkan tarikh lahir rakan dalam
kumpulan dan sebagainya.
Jika gagal dalam ujian di atas peserta
dikenakan dendaan, contohnya;
Menyanyikan lagu PPDa.
Aktiviti 3 : Tugasan
diberikan kepada kumpulan untuk dibentangkan di Check Point 3.
Tugasan itu ialah untuk menyenaraikan
dan memunggut seberapa banyak
bahan-bahan yang boleh
diperolehi di sepanjang perjalanan dari Check
Point
2 ke Check Point 3 dan menceritakan kebaikan-kebaikan dari benda
atau bahan yang dipungut itu.
Pegawai check point 3 mengarahkan kumpulan menceritakan
tugasan yang diarahkan di
check point 2 tadi.
Check Point No 4
Alat yang diperlukan :
1. kain hitam
penutup mata
2. 2 batang kayu
setiap kumpulan
3. kertas arahan
ARAHAN
Seorang sahabat anda didapati telah sakit tenat/kekejangan
otot tetapi
anggota
matanya tidak cacat; sedangkan lain-lain peserta dalam kumpulan
anda
telah buta.
Apakah tindakan anda untuk membawa rakan anda yang sakit
tersebut
ke
Check Point penamat (Check
Point No.
4).
Subscribe to:
Posts (Atom)
Macam-Macam Jenis Vape (Rokok Elektrik) Plus Risiko Bahayanya yang Perlu Anda Tahu
Bahaya vape alias rokok elektrik dianggap lebih ringan dibanding rokok tembakau biasa. Apalagi, belakangan ini muncul tren rokok elektrik d...