Thursday, 28 June 2012

AKTIVITI PPDa


SLOT                            : ICE BREAKING & PEMBENTUKAN KUMPULAN

AKTIVITI 1                   : KENALI KU

MASA                          :  30 minit

BAHAN / ALATAN      :  Wisel

PERSONALIA              :  Penilai, Fasilitator, dan peserta.

KAEDAH                      :



1.         Peserta diarahkan membentuk kumpulan berdasarkan

(a) bilangan ahli keluarga yang sama

(b) bulan kelahiran

2.         Peserta dikehendaki beratur mengikut turutan umur.

Peserta diminta mengira dari no.1 hingga 10 kemudian dikehendaki membentuk kumpulan berdasarkan nombor tersebut. Maka terbentuklah 10 kumpulan.

3.         Didalam kumpulan , peserta akan diberi masa 10 minit untuk mengenali setiap ahli kumpulan. Setiap peserta dikehendaki mengetahui nama, sekolah dan tempat tinggal setiap ahli kumpulan.

4          Fasilitator akan memanggil wakil kumpulan untuk memperkenalkan setiap ahli kumpulan berdasarkan maklumat yang diperolehi. ( Markah bonus akan diberi kepada peserta yang tampil ke depan )

5.         Seterusnya peserta diminta menghantar wakil yang mempunyai

(a) badan yang paling slim

(b) badan yang paling gagah

(c) suara yang paling kuat

(d) suara yang paling manja

(e) wajah yang paling handsome

(f) wajah yang paling cun

(g)bakat untuk menggayakan lagu

*Setiap aktiviti yang dijalankan dalam sesi ini diberikan markah berdasarkan pengadilan oleh fasi.

AKTIVITI 2                   : KUMPULAN KU

MASA                          :  1 jam 30 minit

BAHAN / ALATAN      :  kertas mahjung, wisel, pen marker,

PERSONALIA              :  Penilai, Fasilitator, dan peserta.

KAEDAH                      :



1.                  Setiap kumpulan dikehendaki melantik ketua kumpulan dan juga penolong ketua kumpulan

2.                  Fasilitator akan memberi setiap kumpulan kertas mahjung dan juga marker pen

3.                  Setiap kumpulan dikehendaki mencipta nama kumpulan, logo, moto kumpulan diatas kertas mahjung

4.                  Kemudian, setiap kumpulan juga dikehendaki mencipta identiti kumpulan masing-masing

5.                  Setiap kumpulan akan diberi masa 5 minit untuk membentangkan hasil kerja kumpulan.

________________________________________________________________________________



SLOT                : APA ITU PPDA DAN PROSIDAR ( Penerangan Berdasarkan Buku Panduan  

  Pelaksanaan PPDa Dan Juga Kit Pengajaran Dan Pembelajaran Prosidar )





SLOT                : CERAMAH OLEH PEGAWAI AADK

                          Isu merangkumi:-

-          Perbezaan dadah ubat dan racun

-          Jenis dadah, inhalan dan air daun ketum/ biak

-          Faktor-faktor penagihan dadah

-          Kesan penggunaan dadah

-          Undang-undang dan hukuman dadah di Malaysia

________________________________________________________________________________

SLOT                                        : LDK

AKTIVITI 3                               : LDK 1 ( KUIZ)

MASA                                      :  2 JAM

BAHAN / ALATAN                  : Soalan yang disediakan berdasarkan slot ceramah dan 

  tayangan yang dijalankan

PERSONALIA                          :  Penilai, Fasilitator, dan peserta

KAEDAH                                  :

1.Setiap kumpulan dikehendaki menghantar wakil

2.                  Fasi akan memberi soalan kepada wakil kumpulan

3.                  Markah akan diberi kepada wakil kumpulan yang berjaya menjawab soalan tersebut.

4.                  Seterusnya wakil kumpulan tersebut akan memilih peserta secara rawak dari kumpulan lain untuk menjawab soalan seterusnya daripada fasi.





SLOT                            : SUKANEKA

MASA                          :  2 JAM

BAHAN / ALATAN      : 

PERSONALIA              :  Penilai, Fasilitator, dan peserta

KAEDAH          :



            AKTIVITI 3.1: SEMANGAT BERPASUKAN



1.                  Setiap kumpulan diberi sehelai belon dan diminta meniup belon secara bergilir-gilir sehingga besar dan diikat.

2.                  Semakin besar belon yang ditiup maka semakin tinggi harapan dan keinginan untuk berjaya. (Tidak boleh pecah)

3.                  Setiap ahli dikehendaki menulis satu perkataan berbentuk harapan pada belon tersebut. Contoh:  ’bekerjasama’.

4.                  Belon diletakkan di atas kerusi dan semua ahli mengelilingi kerusi kecuali ketua kumpulan.

5.                  Ketua kumpulan dikehendaki mengikat tali mengelilingi ahli kumpulan pada aras pinggang ahli.

6.                  Ahli kumpulan diminta menganggat kerusi tinggi-tinggi dan membawa kerusi yang mempunyai belon ke suatu lokasi seperti yang diarah oleh fasilitator. 

7.                  Ketua kumpulan memimpin ahli kumpulan mengangkat kerusi yang mempunyai belon ke lokasi tanpa ada halangan dan memastikan belon tidak jatuh daripada kerusi dan ikatan benang tidak putus.

8.                  Kumpulan yang berjaya akan mendapat mata tertinggi.



AKTIVITI 3.2: KHABAR ANGIN



Peserta dijarakkan antara satu sama lain sehingga mereka tidak dapat berkomunikasi. Fasilitator menerangkan peserta 1 perlu menyampaikan pesanan kepada peserta 2 secara lisan dengan berbisik. Hanya peserta akhir yang dibenar mencatatkan pesanan.



Fasilitator bebas memilih ungkapan seperti contoh di bawah;



a)            ADA SEORANG SAUDAGAR GARAM

DIA MERASA AMAT GERAM

KERANA KAPALNYA KARAM

DI MUARA DALAM

ANAK KAPALNYA SEMUA TENGGELAM

KEADAANNYA BEGITU KELAM

ISTERINYA PULA MENGIDAM

DIA MERASA TERANCAM DAN BEGITU MURAm





b.                  BERITAHU RAKAN ANDA

BAHAWA KITA AKAN BERKELAH DI BESERAH

UNTUK TUJUAN ITU, TOLONG BAWA SEEKOR KAMBING

UNTUK DIBUAT BBQ

BAWA EKOR KAMBING 2 EKOR UNTUK DIBUAT SUP EKOR

KEPELA KAMBING TIDAK MAHU, BERMAKNA KAMBING TANPA KEPALA

GARAM 600 GRAM, GULA 300 GRAM, THE WANGI, CEREK UNTUK REBUS AIR, BAWANG MERAH 2 KILO DAN BAHAN-BAHAN LAIN SEMUANYA TELAH SEDIA ADA.



c.                   PAK ANJANG PERGI KE KAJANG, HENDAK MEMBELI KACANG

LALU BERJUMPA DENGAN MAK ALANG

YANG SEDANG MEMBELI PEDANG

UNTUK MENEBANG POKOK PISANG DI LADANG

DI TEPI LONGKANG DI SUNGAI TONGKANG

MAK ALANG MENJEMPUT PAK ANJANG

KE RUMAHNYA DI PENDANG.



2.            Setelah tamat Fasilitator akan membacakan pesanan yang dicatat oleh peserta akhir. Fasilitator haruslah memberitahu perkara-perkara berikut kepada peserta;



1.            Perlunya mendapat maklumat dari sumbernya yang asal untuk mengelakkan kekeliruan.



2.            Elakan dari menyampaikan berita yang tidak benar sehingga boleh menimbulkan

                                sengketa/perbalahan atau yang boleh mengganggu perasaan orang lain.



3.            Jangan terus bertindak dengan berasaskan berita yang belum sah, siasat dahulu berita itu.



4.            Semasa menerima maklumat pastikan dapat mengingati semua fakta yang diberikan.







AKTIVITI 3.3 :         Kapal Pecah



1.         Peserta dikumpulkan dalam bulatan yang cantik dan selesa.

Fasilitator menerangkan tentang aktiviti yang akan dijalankan. Fasilitator meminta peserta duduk dalam keadaan yang selesa dan relax.

Setelah itu Fasilitator membawa peserta ke alam pelayaran fantasi seperti contoh di bawah



KONONNYA SEMUA AHLI KELOMPOK SEDANG BELAYAR MENAIKI SEBUAH BOT PERSIARAN MENUJU KE SEBUAH PULAU PERANGINAN. GAMBARKAN AKTIVITI DAN GELAGAT SETIAP AHLI KELOMPOK DALAM PELAYARAN ITU.



TIBA-TIBA DIDAPATI BERLAKU KEBOCORAN PADA LANTAI BOT ITU. SETELAH DINILAI KEROSAKAN ITU, DIDAPATI UNTUK MEMASTIKAN KESELAMATAN AHLI DAN MEMBOLEHKAN BOT SAMPAI KE DISTINASI YANG DITUJU, SALAH SEORANG AHLI KUMPULAN TERPAKSA DIKELUARKAN DARI BOT ITU. (TERJUN/DIBUANG KE LAUT).



SEDANGKAN DI KAWASAN ITU ADALAH TERKENAL SEBAGAI HABITAT SEPESIS JERUNG YANG GANAS DAN MEMAKAN MANUSIA.



Beri masa selama 15 minit untuk membolehkan peserta berbincang dan membuat keputusan siapa dikalangan mereka termasuk fasilitator yang perlu berkorban atau dikorbankan bagi memastikan lain-lain ahli selamat sampai ke distinasi yang di tuju.



Di akhir sesi fasilitator perlulah menegaskan bahawa,



a.                     matlamat semua peserta adalah satu iaitu mendapat kejayaan cemerlang dalam pelajaran dan kehidupan.

b.                     dengan itu setiap ahli kelompok perlulah tidak mementingkan diri sendiri tetapi perlu sama berusaha untuk memastikan semua orang dapat mencapai cita-citanya

c.                      setiap ahli ada kelebihan dan kelemahan masing-masing dan potensi perlu dikembangkan dengan positif.

d.                     seorang ahli yang tercicir atau gagal merupakan satu kegagalan kepada kelompok secara keselurohannya.





  1. TAYANGAN PERDANA BAHAYA DADAH ( Cerita-Cerita Mengenai Penagihan Dadah )



  1. LDK 2

Modul 3 : “Great Egg Drop”



“Great egg drop” juga dikenali sebagai menara masa depan. Menara masa depan adalah suatu aktiviti dimana para peserta dikehendaki membina sebuah menara dimana matlamat utamanya adalah untuk menghalang telur daripada jatuh. Aktiviti ini memerlukan kerjasama daripada ahli setiap kumpulan. Aktiviti ini juga melatih para perserta untuk berfikir secara kritis bagi menyelesaikan sesuatu masalah apabila diberikan sumber.



Objektif :

Melatih para peserta untuk bekerjasama didalam kumpulan.

Memberi ruang kepada peserta untuk berfikir secara kritis berbekalkan sumber yang diberikan.

Melatih sifat berunding, dan bertolak ansur didalam sesebuah urusan.



Bahan-bahan:

Seperti yang dinyatakan didalam lampiran.



Masa :10 minit – Penerangan dan pembahagian barangan.

10 minit – Rundingan diantara kumpulan.

45 minit – Pembinaan Menara.

15 minit – Konklusi.



Arahan :

1) Fasilitator meminta para peserta berkumpul mengikut kumpulan masing-masing.

2) Fasilitator memberikan arahan kepada setiap kumpulan tentang aktiviti yang akan dijalankan.



3) Fasilitator menerangkan matlamat aktiviti adalah untuk mereka cipta sebuah menara dimana menara tersebut mampu mencegah telur yang diberikan daripada pecah.



4) Fasilitator meminta supaya melantik seorang yang berperanan sebagai perunding ataupun “negotiator”. Dan kemudian, setiap kumpulan diberikan bahan-bahan untuk membina replika menara dimana bahan-bahan yang diberikan kepada setiap kumpulan adalah berlainan.



5) Fasilitator akan memberikan masa kepada wakil setiap kumpulan untuk tampil kehadapan bagi memulakan rundingan. Sementara ahli-ahli yang lain pula diarah untuk memulakan lakaran bangunan yang akan dibuat.



6) Apabila wakil setiap kumpulan mencapai kata putus tentang bilangan bahan-bahan yang dirundingkan, pembinaan bermula.



7) Peserta dibenarkan untuk mengunakan alatan dari luar dalam proses pembinaan.



8) Fasilitator memberikan tempoh masa untuk menyiapkan menara yang diminta. (45 minit)



9) Setelah masa tamat, fasilitator akan mengumpulkan kesemua replika menara daripada setiap kumpulan.



10) Wakil kumpulan diminta kehadapan bagi menerangkan tentang menara mereka dan juga halangan-halangan semasa proses pembinaan sedang dilakukan.

11) Fasilitator akan menguji sama ada menara yang dibina mencapai matlamat ataupun tidak.



12) Menara akan dilepas dari jarak sekurang-kurangnya paras pinggang untuk melihat samada menara tersebut mencapai matlamat pembinaanya.



13) Pemenang dinilai melalui menara yang mampu mencapai matlamat pembinaan.

14) Fasilitator menutup acara dan memberikan konklusi.



  1. LDK 3

- jigsaw puzzle

            AKTIVITI 3                               : JIGSAW PUZZLE

MASA                                      :  2 JAM

BAHAN / ALATAN                  : 

PERSONALIA                          :  Penilai, Fasilitator, dan peserta

PROSEDUR PELAKSANAAN   :

           

                        1.         Fasi akan menayangkan slaid tentang jenis-jenis dadah,

inhalan, dan daun ketum / biak. (rujuk slaid 2-6)



2.         Fasi memberi penerangan tentang bahan-bahan yang

ditayangkan.



3          Pelajar akan berkumpul di dalam kumpulan masing-masing



4          Setiap kumpulan akan diberikan beberapa keping jigsaw puzzle berkaitan dengan jenis dadah dan setiap kumpulan harus menyelesaikan puzzle tersebut.

5          Kumpulan yang berjaya menyelesaikan puzzle dengan pantas akan mendapat markah tinggi.



AKTIVITI 3       :           “SURAT CINTA”



Surat cinta merupakan satu aktiviti yang memupuk nilai kejujuran didalam bersahabat. Didalam aktiviti ini, peserta program akan meluahkan apa yang terpendam didalam hati masing-masing kepada sahabat-sahabat mereka. aktiviti ini juga melatih peserta untuk bersikap positif menerima kutukan, rungutan ataupun pujian.



Objektif :

Memupuk nilai kejujuran dikalangan peserta.

Memupuk nilai fikiran postif jika berhadapan rungutan, kutukan ataupun pujian.

Memperbaiki diri pada masa hadapan.

Mengeratkan ukhwah dikalangan peserta dan organisasi.



Masa:

Tiada peruntukan masa.



Kaedah:

1)         Setelah aktiviti jigsaw puzzle selesai, peserta akan diberikan sehelai sampul surat.

Peserta dikhendaki menulis nama mereka diatas setiap sampul surat berkenaan.

2)         Sampul surat yang telah ditulis nama akan diserahkan semula kepada fasilitator.

3)         Fasilitator akan menerangkan aktiviti surat cinta.

4)         Surat-surat peserta digantung disuatu tempat dan fasilitator meminta supaya setiap peserta menulis tentang perasaan mereka sama ada berupa penghargaan ataupun teguran kepada sahabat-sahabat mereka yang lain didalam kumpulan.



5)         Masa yang diberikan adalah sepanjang masa terluang diantara aktiviti “treasure             hunt” dan malam “talentime”.



6)         Setiap orang harus menulis dengan jujur perasaan mereka pada setiap ahli

kumpulan. Peserta juga dibenarkan menulis kepada peserta lain di dalam program ini.



7)         Pada akhir malam “talentime” peserta dibenarkan untuk mengambil sampul surat yang tertera nama mereka.



8)         Fasilitator menutup aktiviti dan membuat konklusi.


            AKTIVITI 3                                : OUTDOOR TREASURE HUNT

MASA                                      :  2 JAM

BAHAN / ALATAN                    : 

PERSONALIA                            :  Penilai, Fasilitator, dan peserta

PROSEDUR PELAKSANAAN      :



  1. OUTDOOR 2

-          treasure hunt ( sukatan pelajaran prosidar )



























            AKTIVITI 3                               : MALAM TALENT TIME

MASA                                      :  2 JAM

BAHAN / ALATAN                  : 

PERSONALIA                          :  Penilai, Fasilitator, dan peserta

PROSEDUR PELAKSANAAN   :


Malam talentime adalah malam kebudayaan dimana para peserta dikhendaki mempamerkan persembahan mereka menurut tema yang telah diberikan. Malam ini adalah kemuncak bagi segala aktiviti dimana semangat kerjasama mereka diujii dan diperlihatkan.

Objektif :
Memupuk semagat kerjasama diantara ahli didalam kumpulan.
Menghilangkan rasa malu dihadapan khalayak ramai.
Melatih diri menghadapai situasi yang sukar.

Masa:
1 jam 30 minit – persembahan peserta.

Arahan :

1) Pada permulaan program, (selepas aktiviti “ice-Breaking”), setiap kumpulan akan diberikan tema persembahan dan dikehendaki membuat persembahan berdasarkan tema yang diberikan.
2) Persembahan peserta hendaklah merangkumi lakonan dan nyanyian. Peserta juga dibenarkan untuk mengunakan kreativiti masing-masing bagi menjayakan persembahan.
3) Terdapat 5 kumpulan dan setiap kumpulan diberi masa 10 hingga 15 minit untuk satu persembahan.
4) Diakhir aktiviti, fasilitator member konklusi dan menutup aktiviti.
5) Peserta dibenarkan mengambil semula “surat cinta” mereka yang telah digantung.





AKTIVITI                                  : KEMBARA

MASA                                      :  2 JAM

BAHAN / ALATAN                  : 

PERSONALIA                          :  Penilai, Fasilitator, dan peserta

PROSEDUR PELAKSANAAN   :



1.      Objektif Aktiviti

      1. Membina ketahanan mental, jasmani dan rohani peserta.

      2. Memupuk semangat kerjasama dikalangan peserta.

      3. Membina sifat kepimpinan pada peserta.

      4. Melatih peserta untuk patuh pada arahan.

      5. Memupuk semangat kekitaan dan kejelikitan kumpulan.

      6. Menguju daya ingatan peserta.

      7. Menguji kepekaan peserta.

      8. Membina kebolehan berfikir dikalangan peserta.

      9. Membina kebolehan membuat keputusan dikalangan peserta.

      10. Mengujudkan suasana perbincangan yang berkesan dikalangan peserta.

      11. Mendidik peserta untuk berdikari.



2. Alatan Untuk Aktiviti Kembara

      1. Tunjuk arah

      2. Tali

      3. Bekalan makanan/minuman

      4. Peti pertolongan cemas

      5. Kain sarung

      6. Kertas pendua



2.      Langkah Menjalankan Aktiviti



1.   Peserta berkumpul di arena lapang mengikut kumpulan untuk menerima arahan dan taklimat dari komandan kem dengan membawa panji/bendera dan logo kumpulan.

2.   Ketua kumpulan memeriksa ahli-ahli kumpulan dan alatan yang diperlukan mencukupi. Peserta yang ada masalah kesihatan tidak digalakan mengikuti aktiviti ini.

3.   Setiap kumpulan menerima peta perjalanan aktiviti kembara. Bacaan doa pelepas oleh setiap wakil kumpulan sebelum memulakan perjalanan.



Sediakan jarak masa bertolak antara setiap kumpulan selama 15 minit.



5.   Peserta dikehendaki melepasi 4 tempat pemeriksaan. (Arahan seperti Lampiran). Pejaga tempat pemeriksaan memastikan arahan dijalankan oleh kumpulan disetiap tempat pemeriksaan. Peserta mengambil bekalan di tempat pemeriksaan 2.  Apabila peserta telah melepasi tempat pemeriksaan ke 4,  peserta boleh berehat.



6.   Semasa berehat, peserta dikehendaki mencatatkan pengalaman yang tersurat dan tersirat sepanjang perjalanan semasa aktiviti kembara ini.



LAMPIRAN AKTIVITI



Check Point No. 1

Aktiviti   :  1. Menanyikan lagu/logo

                  2. Menyebutkan etika kumpulan

                  3. Nama sendiri

                  4. Nama panggilan



                      contoh  : peserta perlu menyebutkan nama sendiri dalam masa yang singkat,

                      jika gagal kenakan dendaan contoh dendaan seperti;



                  1. menyenaraikan jenis-jenis dadah

                  2. menyenaraikan kesan penyalahgunaan dadah



Check Point No. 2

Aktiviti 1 :             1. Peserta muslim dimestikan membaca bacaan dalam solat.

                              2. Peserta bukan muslim senaraikan/berikan nilai-nilai moral yang terpuji.



Aktiviti 2 :             1. Mengenal rakan melalui ujian suara (membelakang dan saling sebut

                                 nama ).

                              2. sebutkan tarikh lahir rakan dalam kumpulan dan sebagainya.



                               Jika gagal dalam ujian di atas peserta dikenakan dendaan, contohnya;

                              Menyanyikan lagu PPDa.



Aktiviti 3  :            Tugasan diberikan kepada kumpulan untuk dibentangkan di Check Point 3.

                              Tugasan itu ialah untuk menyenaraikan dan memunggut seberapa banyak

                              bahan-bahan yang boleh diperolehi di sepanjang perjalanan dari Check

                               Point 2 ke Check Point 3 dan menceritakan kebaikan-kebaikan dari benda

                               atau bahan yang dipungut itu.

      

Check Point No. 3



Pegawai check point 3 mengarahkan kumpulan menceritakan tugasan yang diarahkan  di

check point 2 tadi.





Check Point No 4



Alat yang diperlukan :



      1. kain hitam penutup mata

      2. 2 batang kayu setiap kumpulan

      3. kertas arahan



ARAHAN



Seorang sahabat anda didapati telah sakit tenat/kekejangan otot tetapi

anggota matanya tidak cacat; sedangkan lain-lain peserta dalam kumpulan

anda telah buta.



Apakah tindakan anda untuk membawa rakan anda yang sakit tersebut

ke Check Point penamat (Check Point No. 4).

No comments:

Post a Comment

Macam-Macam Jenis Vape (Rokok Elektrik) Plus Risiko Bahayanya yang Perlu Anda Tahu

Bahaya vape alias rokok elektrik dianggap lebih ringan dibanding rokok tembakau biasa. Apalagi, belakangan ini muncul tren rokok elektrik d...