Tajuk
Karangan: Faktor- faktor gejala merokok di kalangan pelajar sekolah.
Kejadian
merokok di negara kita semakin meruncing dan menjadi topik perbualan hangat di
kalangan masyarakat khususnya golongan belia dan beliawanis hari ini. Masalah
ini tidak pernah lari daripada kamus kehidupan masyarakat dan sering menjadi
hamparan majalah atau menghiasi dada akhbar. Pendedahan demi pendedahan tentang
masalah merokok ini dijadikan agenda penting untuk diselesaikan. Fenomena ini
dapat memberikan satu persepsi kelekaan dan kealpaan masyarakat terhadap tanggungjawab
mendidik, mengasuh, membimbing generasi kita hari ini. Seandainya kes merokok
ini masih bermaharajalela di negara kita, nescaya keadaan ini akan meranapkan
impian Malaysia
menggapai hasrat dan visi kudsi wawasan 2020.
Kelalaian ibu
bapa juga merupakan faktor perdana yang menimbulkan masalah ini. Kini sudah
menjadi lumrah ibu bapa pada masa sekarang rakus mengejar kemewahan dan
kebendaan semata-mata untuk memenuhi naluri mereka sehingga sanggup mengabaikan
anak sendiri. Adakah kita ingin melihat generasi hari ini yang akan menjadi
nadi negara, menjadi penagih rokok pada masa depan? Ibu bapa masa ini
menyerahkan tugas menjaga anak bulat-bulat kepada pembantu rumah. Bertitik
tolak dari sinilah, remaja mengambil kesempatan keluar untuk meneroka dunia
yang penuh dengan penipuan dan jenayah kerana mereka merasakan jiwa mereka
kosong akibat keperluan emosi mereka yang tidak dipenuhi dengan belaian kasih
sayang oleh ibu bapa. Akibat kekurangan dan ketandusan kasih sayang serta goyah
pegangan agama, remaja mudah bergaul dengan kumpulan samseng yang mengheret
mereka untuk melakukan perkara yang tidak berfaedah seperti merokok.
Di samping itu,
pengaruh media massa
turut menyumbang dan meninggalkan kesan yang mendalam dalam sanubari remaja
akibat kegiatan penagihan merokok semakin meningkat. Akibat penyelewengn dalam
proses penyaluran maklumat, paparan aksi–aksi yang melampau mengenai rokok
boleh menarik minat remaja untuk mencuba. Hal ini demikian kerana rancangan
tersebut menyelitkan unsur-unsur bercorak negatif yang secara tidak langsung
mempengaruhi minda pelajar.
Pengaruh rakan
sebaya juga menyumbang kepada berlakunya kegiatan penagihan merokok yang
berleluasa. Pada peringkat remaja, pengaruh rakan sebaya amat kuat dan menebal
di jiwa mereka. Jika remaja terlibat dalam kumpulan sebaya yang menyimpang,
pengaruh rakan sebaya beginilah yang akan mengheret remaja ke lembah penagihan
rokok. Pada kebiasaanya, pengaruh negatif yang menonjol akan menjadi ikutan
anak remaja. Segala aktiviti yang dipandang tidak baik oleh ibu bapa tidak pula
dipandang sedemikian oleh rakan sebaya. Remaja juga akan lebih menurut
kata-kata atau ajakan rakan-rakan untuk mencuba sesuatu yang baru. Namun , demi
menjaga budaya remaja dan rasa ingin diterima oleh rakan sebaya, remaja
berkenaan tidak teragak-agak untuk bertindaksebagaimana yang dikehendaki oleh
kumpulannya. Tambahan pula, mereka lebih suka memberikan tindak balas kepada
soal prestij di dalam kumpulan agar mereka dapat bergaul dan berinteraksi.
Oleh itu,
siapakah yang harus diperslahkan dalam hal ini? Persoalan mengapakah dan
bagaimanakah tentulah tidak mudah untuk dijawab. Jadi masyarakat haruslah
berganding bahu dan memainkan peranan yamg penting bagi menangani senerio ini.
Ibu bapa haruslah menjadi pendengar setia dan selalu bermusyawarah bersama-sama
anak untuk mendengar maslah dan menyedarkan setiap perbuatan yang dilakukan
oleh mereka. Ibu bapa mestilah melengkapkan remaja hari ini denagn didikan
agama yang secukupnya dan sempurna sejak dari kecil lagi. Hal ini bolah
diumpamakan seperti ‘Melentur buluh biarlah dari rebungnya’.
Konklusinya,
remaja sebagai aset penting negara mestilah berjuang untuk membebaskan diri
daripada terus dibayangi oleh kegiatan merokok. Natijah daripada senario-senario
ini, kerjasama yang erat, dan persefahaman yang wujud adalah penting dalam
menentukan kecerahan dan kelengkapan masa depan negara. Ingatlah remaja yang
bakal memimpin negara ini merypakan tonggak dan harapan negara bagi mencorakkan
haluan negara demi menzahirkan wawasan 2020.
No comments:
Post a Comment